Exco Hujjah

Saturday, October 9, 2010

selamat berjuang di medan peperiksaan......

Tip menghadapi peperiksaan

Penulis shaharil kategori Artikel, Motivasi

Entri ini khas untuk rakan –rakan seperjuangan yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester.

Peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 25 okt 2010. Sudah anda bersedia untuk menghadapinya? Seandainya belum, mulakanlah ulang kaji dan study daripada sekarang walaupun study last minute. :)

Dalam entri ini, aku akan berkongsi beberapa tip dan panduan yang boleh dibuat sebelum menghadapi peperiksaan.

1. Minta restu dan doa daripada ibu bapa.
Restu dan doa amat penting terutamanya daripada seorang ibu. Hal ini kerana doa seorang ibu sangat mustajab dan dimakbulkan oleh Allah. Insya-ALLAH, kita berasa tenang dan mudah serta berasa lapang dada untuk menjawab soalan peperiksaan. Jadi, mintalah restu dan ampun daripada mereka. Buang ego kita untuk buat seketika. Dan ingatlah, tiada manusia yang diciptakan dengan sempurna.

2. Mengajar Orang lain.
Kalau kita pandai dalam sesuatu subjek misalnya statistik gunaan, dan kawan kita minta pertolongan. Hulurkanlah tangan dan ringankan tangan anda untuk mereka. Jangan jadi orang sombong. Orang berilmu bukannya datang daripada orang sombong. Selain itu, sifat orang berilmu adalah menyebarkan apa yang dia tahu walaupun satu ayat. Kita juga mendapat manfaatnya kerana kita akan ingat semula tentang apa yang telah dipelajari dua kali ganda daripada selain doa daripada mereka.

3. Jauhi budaya coupleisme.
Budaya ini sering melanda masyarakat kampus. Jika anda sudah terjebak dalam budaya ini, kurang-kurangkanlah. Perkara perlu ditakuti kerana akan membawa padah terutamanya kepada mahasiswi. Jika mengandung di mana nak letak maruah dan muka ibu bapa anda? Fikirkan dan Renungkan.Lagipun, agama kita melarang perbuatan maksiat dan mencegah kita daripada menghampiri zina. Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.



P/s: Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya.

Friday, October 1, 2010

upah sembahyang 2

upah sembahyang 1