Exco Hujjah

Monday, September 27, 2010




Sekiranya wasiat telah dibuat oleh simati maka proses pentadbiran adalah lebih pantas di mana Geran Probet akan terus diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Ini adalah mengikut Akta Probet dan Surat Pentadbiran Pusaka 1959 yang terpakai untuk semua orang, tidak kira Islam atau tidak. Permohonan Geran Probet boleh dipohon oleh wasi yang dinamakan di dalam wasiat simati (pewasiat). Di dalam permohonan ini, Mahkamah tidak memerlukan sebarang penjamin lagi.

Bagi wasiat orang Islam ianya adalah mengikut hukum syarak. Setakat ini, hanya Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai enakmen mengenai wasiat untuk umat Islam iaitu Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Walaupun begitu, format wasiat Islam ini secara umumnya diterima pakai di negeri-negeri lain di Malaysia.

Menurut prinsip Wasiat Islam, pembahagian sehingga 1/3 daripada aset bersih simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris atau waris yang terdinding, dan bakinya hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid atau melalui permuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan pewasiat. Dengan wasiat yang disediakan, pentadbir yang dinamakan hanya perlu memperolehi Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah dan menyertakannya bersama dokumen lain seperti surat mati dan wasiat kepada mahkamah untuk diberikan Geran Probet dan membolehkan pembahagian diteruskan. Tempoh penyelesaian adalah lebih cepat antara 6 bulan ke setahun berbanding tanpa sebarang wasiat.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan. Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 - 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.

Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.

Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.

Al-Bai Bithaman ajil dan Musyarakah Mutanaqisah

Pembiayaan perumahan secara Islamik di malaysia menggunakan kaedah Al bai bithaman ajil(BBA).Kontrovesi mengenai konsep pinjaman ini sudah lama diperkatakan sehingga ke mahkamah.Mari kita cuba memahami apa sebenarnya BBA dan apakah alternatif lain bagi menggantikan konsep BBA ini.Untuk memperkatakan tentang BBA ni , kurang arif la sikit aku ni.Jadi aku pun google lah BBA . Posting terbaru nie adalah kombinasi 8 artikel yang aku ambil kat cyberspace.

Pembiayaan Al bai bithaman ajil adalah konsep pembiayaan perumahan atau jualan dengan bayaran tertunda.BBA ini popular dan digunakan oleh bank-bank Islam di negara-negara di nusantara.

Kaedah pembiayaan ini dikatakan kombinasi 2 konsep bai al-inah (jual-beli semula) dan bai muajjal(jualan dengan bayaran tertangguh dan bayaran ansuran).

Bagaimana yang disebut bai-alinah. Penjual menjual barang jualannya kepada pembeli dengan harga yang sudah diketahui , bayaran secara ansuran sehingga tempoh tertentu.Kemudian si penjual membeli semula barangan tersebut dari pembeli tadi dengan harga yang lebih murah.

Perbahasan agama mengenai bai al-inah boleh dibaca disini.

Bai muajjal salah satu dari kaedah pembayaran dalam ghairu naqdan.Barangan diserah secara berperingkat sama ada barangan diperolehi setelah wang dibayar ataupun bayaran secara ansuran sehingga cukup jumlah kemudian baru barangan diserahkan.

Namun begitu konsep BBA ini Ditolak oleh Pakar Syariah dari timur tengah atas alasan manipulasi riba.Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan Musyarakah mutanaqisah (MM).

Apa yang menjadi masalah dalam amalan BBA adalah pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dan membayar 10% wang pendahuluan sebelum mendapatkan pembiayaan bank.

Kemudian bank akan membeli hak pelanggan menerusi S&P dan kemudian membayar keseluruhan harga rumah kepada pihak pemaju/pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh termasuk kadar keuntungan.

Persoalannya, jika rumah itu masih dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh bank dan apa dijualnya kembali kepada pelanggan?

Dalam Islam, sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual ketika akad dilakukan.

Jika barang yang diakad tidak wujud ketika akad, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan mengenai kemampuan penjual menyerahkan aset itu kepada pembeli.

Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan barang yang diakad ketika akad dibuat.

Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan.

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.

Musyarakah Mutanaqisah pula terdapat 2 bahagian ,pertama bank dan pembeli akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah dengan saham terbesar dimiliki bank, manakala pelanggan menjadi pemilik minoriti.

Contohnya, bank 90% manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki bank ke atas rumah tersebut melalui bayaran ansuran bulanan untuk memiliki saham bank dan pada akhir tempoh kontrak, rumah itu akan menjadi milik penuh pelanggan.

Disamping itu pada bahagian ke dua ,bank melalui konsep ijarah(pajakan),memajak saham pemilikan rumahnya berasaskan nisbah pemilikan saham.Dibawah konsep pajakan ini,pelanggan akan membayar sewa kepada bank bersama-sama bayaran ansuran pemilikan saham rumah tadi.Bayaran sewa semakin berkurang kerana nisbah saham pemilikan bank dibeli oleh pelanggan.

Jadi,ini ajelah posting terbaru aku mengenai al-bai bithaman ajil & musyarakah mutanqisah.Sokonglahlah produk kewangan Islam yang bebas riba'.Pasal BBA tu ,kita tunggu keputusan mahkamahlah,sah ke tak sah,islamik ke tidak.Apakah bank-bank Islam serta perundangan di Malaysia ini bersedia menggantikan BBA dengan MM..??Kita tunggu dan lihat.

Ubat Deman Panas (dari kitab Bahrul Mazi m/s 104. . 1940 bersamaan 1359H)

Pada Kebiasaanya apabila seseorang deman berjumpa Doktor, dalam hal sedemikian rasulallah s.a.w memberi petua / pedoman bagi mengubati ubat deman panas.

Caranya:

Sebagaimana hadis bil 75 juduz 14 kitab :Bahrul Mazi" menyebut, daripada Sauban, dari nabi s.a.w sabdanya"Apabila seseorang kamu diserang demam maka demam itu ibarat sepotong daripada api neraka maka padamkanlah ia daripadanya dengan air, maka sesiapa yang demam berendamlah ia didalam sebuah sungai yang airnya mengalir dan menghadap pengaliran air itu. seraya berdoa "Dengan nama allah yang menyebuhkan hambamu dan benarlah pesuruhmu (nabi muhammad s.a.w)"

Keterangan:

Mengikut pendapat imam Nawawi didalam kitab ini, bahawa seseorang yang dikeluarkan oleh Abu Isa Al-Tarmizi menyebut cara-cara mengubati deman panas kata nabi apabila seseorang daripada umatku deman panas maka hendaklah ia berendam dalam sungai / parit yang mengalir airnya dan hendaklah ia berendam bertentangan air yang mengalir sekiranya air itu mengalir kehilir maka hendakkah kita menghadap ke hulu. Supaya air itu akan menghilangkan kepanasan dalam badan. Setelah berendam didalam sungai / parit itu, hendaklah berdoa dengan menyebut "dengan nama allah yang tuhanku sembuhkan penyakit hambamu ini dan benarlah rasulallah itu sebagai perutusan kamu.

Cara Mandi / berendam:

1) Hendaklah dibuat selepas sembahyang subuh dan sebelum daripada terbit matahari

2) Hendaklah menyelam sehingga paras kepala beberapa kali sehingga terdaya selepas habis berdoa tadi sekiranya boleh baca semasa berendam. (Doa dibaca semasa berendam sebanyak 3 kali berendam)

3) Maka hendaklah dibuat selama 3 pagi atau 3 hari nescaya kan kembali sihat dengan izin allah. Sekiranya dalam tempoh 3 hari tidak sihat juga maka hendaklah diulangi dalam tempoh 5 hari dan tidak sihat juga hendaklah diulangi 7 hari dan jika tidak sihat juga diperbuat 9 hari dengan izin allah akan sihat pada hari tersebut.

Penjelasan hadis:

*Pada zaman sekarang beruntunglah sesiapa yang tinggal berhampiran sungai atau parit yang airnya banyak.

*Tidak digalakkan dibuat di kolam atau tasik yang airnya tidak mengalir kerana bertentangan dengan hadis.

*Seperti Air Terjun dibolehkan maka sekiranya anak deman selain daripada makan ubat bolehlah mencuba cara ini.

*Berhati-hati sekiranya berendam disungai dikuartiri ada buaya.

Mudah-mudahan dengan cara ini kita dapat mengembalikan cara perubatan islam.